Quote

♥ New life. New chapter. Ayra As-Sofea & Ilham Al-Fateh. ♥

Saturday, November 25, 2023

Rumah - Tangga.

Nampak macam simple je kan. 
Kehidupan berumahtangga.
Senang cerita kehidupan lepas kawen jela.

Dalam Islam ada menyebut "apabila seseorang itu berkahwin maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya". Wallahua'lam.
Tapi lebih kurang begitulah quotenya.
Dan aku ada terbaca barubaru ni details dia.
Kenapa dah sempurna separuh dari agama?
Sebab dalam perkahwinan lah, semua orang akan diuji dgn ujian kesabaran yg utama.

Yg paling selalu bersabar haruslah isteri.
Lumrah sejak azali.
Memang lelaki sifatnya dominan, leader.
Tapi sepatutnya perlu ada tolak ansur.
Dalam erti kata lain tak boleh berat sebelah, tak boleh nak rasa dia je yg betul.
Sepatutnya begitulah.

Hmmm.
Dan aku dalam fasa 5tahun pertama.
InsyaAllah Feb tahun depan 2024 genap 5 tahun perkahwinan kami.

Sepanjang perkahwinan ni apa yg aku dapat?
Pada awalnya, macam org lain jugak.
Semuanya manis belaka.
Lepas dapat anak dah mula ada jarak.
Masing2 penat dgn culture shock jaga anak yg high demand.
Masih boleh diterima.

Masuk tahun seterusnya beranak lagi sekali.
Kelahiran kalini tak dirancang.
Jadi nak taknak kena teruskan jugak.
Kalini dah makin mahir jaga anak walaupon penat.
Tapi dalam pada tu aku rasa aku sorang je yg commit pasal anak dan bab ekonomi keluarga.
Memang dalam fasa tak stabil bab kewangan ni boleh jadi isu ke penceraian.
Tapi aku masih bertahan atas nama anak.

Masa awal perkahwinan lagi aku terkejut dgn perangai dia yg baran.
Bila aku protes dgn sesuatu benda, dia makin tinggikan suara.
Sampai satu tahap yg aku bukan ada rasa hormat dgn dia, cuma rasa takut yg melampau.
Taktau cemana nak describe.
Kadang benda tu belom jadi lagi, tapi aku terlalu fikirkan rasa takot akan reaksi dia lepas aku buat sesuatu.
Contoh macam bab rambut bersepah je pon. 
Tiap kali nampak rambut kat lantai je aku dah gelabah nak mampos.
Dalam hati jgn la dia nampak rambut ni then aku amek terus buang.

Faham tak?
Benda small matter je pon kalau org luar dengar.
Tapi pada aku tak ye!!
Benda tu akan jadi nightmare utk aku.

Contoh lagi kalau malam2 aku tak buatkan kopi.
Kalau dia tarik muka tu faham2 jela.
Dan sampai sekarang aku masih takut ye kalau tak buatkan air utk dia.
Padahal setiap kali gaduh aku dah ckp kalau aku tak buat kan air tu maksudnya aku penat takde mood nak buat.
Ehhh! Dia mana peduli.
Dia buat je lagi tarik muka.

Ada yg baru2 ni aku dok melangok dok kat meja makan.
Memang niat nak buatkan air dia tapi lambat sikit.
Sekali dia bangun dia pegi hentak2 cawan kat dapur tu.
Konon protes la tu sbb tak buatkan air.
Aku buat keras jela duduk kat meja tengok fon.
Tapi masa tu aku mmg nekad dia nak marah lantak jela. Malas nak peduli!

Haritu dgr lagu "Sempurna" kat radio dalam kereta otw nak balik Keramat dari Springhill.
Sekali tetiba terflashback pulak pasal memula bercinta dulu.
Perasaan masa bercinta dan aku rasa dia terima aku seadanya.
Perasaan sebak yg dia "selamatkan" aku dari dunia luar.
Aku menangis cium tangan dia.
Aku rasa sebak sgt bila mengingatkan balik waktu awal kenal dia. 
Aku rasa "Yesss! He is the one!"
Tapi....hmmmm

Aku ingat lepas dari tu dia akan terus layan aku baikbaik.
Rupanya tak.
Mula dah balik perangai dia yg aku tak berkenan.
Padahal aku dah cakap.
Banyak benda yg diantaranya pasal duit.
Duit aku jgn control. Aku akan bantu setakat apa yg aku mampu.
Ehh takkk. Dia mula balik.
Aku taknak bagi dia control bukan sbb apa.
Sbb jenis dia kalau dia rasa ada duit lebih, confirm dia takkan buat grab.
Dia akan ikut selesa dia penat dia je.
Yg mana aku tak sokong sbb itulah punca saving dia, aku dgn anak2 habis mcm tu je.

Dan paling latest dia buat perangai balik main game.
Dan aku lagi sekali terasa disisihkan.
Dgn anakanak pandai curi masa main gurau senda walaupon sekejap.
Tapi dgn aku? HAREMMMMM!!!
Bila aku mengamuk kata aku burn out.
Pastu aku yg kena faham dia penat kerja!
Habis aku ni tak kerja???
Pastu compare pulak balik kerja dia lagi penat.
Ehhh! Aku dah takde kesabaran lagi lah utk benda ni.

Dengan org lain bukan mainnn lagi menegur berborak mcm dah kenal lama.
Aku ni yg depan mata macam tak wujud je kadang rasa. 

Salah ke aku sebagai isteri nakkan perhatian dan masa dari suami????
Ke memang lepas kawen dah tak perlu berkasih sayang lagi dah macam masa bercinta?
Then what is the point of marriage at first place?
Hanya utk "selamatkan" aku kononnya??

After this I dont give a fcuk kalau sesiapa nak salahkan aku kalau akhir nanti aku amek keputusan utk pisah!!
I dont give a damn what everyone will say!!! SERIOUSLY!!!

Aku dah habis usaha. Dah habis kata.
Kalau sebelum ni dia akan saiko aku pasal anakanak hidup dgn mak ayah berpisah.
I dont give a shit!!!
Lebih baik hidup pisah dari hidup dalam keluarga yg mak ayah in toxic relationship!
Ini HAKIKAT DAN REALITI DUNIA YE!

Perempuan ni lagi kau keras dgn dia lagi susah utk bentuk.
Macam yg jadi kat aku sekarang ni la.
Aku mengharapkan dia tak macam lelaki lain.
Aku betulbetul harap dia boleh guide aku.
Tapi aku silap percaturan.

Kesedihan aku, trauma aku...keep on flashback in my mind and my ears.
Aku takkan boleh lupa apa yg dia pernah buat dan cakap dkt aku yg sampai aku rasa terhina sgt diri aku sebagai seorang perempuan dan isteri.

Dgn org luar mungkin nampak kami ni mcm takde langsung masalah besar.
Tapi hakikatnya cuma Allah je yg tau.
I wish when Im ready to move on, my parents wouldnt say or ask anything.
Jangan halang along. Please!!
Along merayu!!!

Sepanjang 5tahun kawen ni dah berapa kali aku cuba cederakan diri.
Aku hentak kepala kat dinding.
Aku ketawa sorang2.
Aku nak lari rumah.
Aku hentak tangan sekuat hati kat dinding.
Rasa mcm nak tumbuk je dinding tp tknak ada bunyi kuat sgt.
So hentak jela yg mampu.
Berhari kebas kt tapak tangan tak hilang.
Tapi sakit tu tak sesakit luka kat hati ni.
Sumpah aku kecewa!!!
Aku mengamuk kat anakanak. Kesian diorang kena tempias mental maknya.

Untuk saat ini aku give up!!
Sumpah aku GIVE UP!!!

I want to find my ownself again.
I need it. 
I need you Mia. 
:'(