Quote

♥ New life. New chapter. Ayra As-Sofea & Ilham Al-Fateh. ♥

Wednesday, December 20, 2023

At this moment.

Disaat ini.
Aku taktau apa yg org sekeliling nak dari aku.
Kenapa setiap kali aku yg perlu puaskan hati semua org?
Kenapa aku perlu kesiankan org lain lebih dulu berbanding diri sendiri?

Setiap luahan hati aku takde siapa yg peduli.
Ye aku tau mereka hanya menasihat dari sudut pandangan mereka.
Tapi kenapa takde seorang pon yg nak faham keadaan dan isi hati ni?

Teringat moment masa mulamula bercinta.
Aku rasa sgt that "he is the one".
Sampai aku nasihatkan dekat org sekeliling aku.
"Terimalah org yg sayang kau lebih dari kau syg dia".
Dia akan lebih menghargai kau.
Itu apa yg aku rasa masa tu.

Tapi ternyata aku salah.
Aku rasa macam dia dah selamatkan aku dari dunia yg kejam ni.
Tapi lama kelamaan, baru aku nampak the true colour.
Memang betul dari kebanyakkan yg org cakap.
Selagi kau tak serumah sebantal, kau takkan kenal pasangan kau.

Baik buruk yg kau nampak masa bercinta tu hanya secebis je.
Even seorang mak takkan kenal anak dia mcm mana sang isteri kenal dia.
Then this is what happen.

First year, 
Everything was okay....

Hmm.
Aku rasa tak perlu la cerita.
Takde org yg akan faham pon.
Yg hanya mereka tahu hanyalah "Sabar. Sabar. Sabar."

Disaat ini aku dah sampai tahap sabar yg tertinggi dan paling ternipis.
Mungkin nak tunggu aku jadi betulbetul tak waras baru org akan faham.
Entah laa.

Disaat aku yakin utk melangkah pergi,
akan ada yg datang menahan.
Setiap kesalahan aku dimanipulasikan sekali lagi dan lagi dan lagi.
Aku taktau apa kesudahan.

Jujur yg tinggal hanya rasa ehsan.
"Sayang" tu pon mungkin dah hilang.
Ye. Hanya ehsan...

Sebab terlalu lama dipendam.
Terlalu lama dibiarkan tanpa jalan selesai.
Dibiarkan berasingan tempat tidur.
Kemana lagi fungsi suami isteri dan rumahtangga?
Hilang dah bertahun dulu.

Cukuplah sampai disini aku melayan emosi.
Aku penat.
Penat yg hanya menunggu mati..



Saturday, November 25, 2023

Rumah - Tangga.

Nampak macam simple je kan. 
Kehidupan berumahtangga.
Senang cerita kehidupan lepas kawen jela.

Dalam Islam ada menyebut "apabila seseorang itu berkahwin maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya". Wallahua'lam.
Tapi lebih kurang begitulah quotenya.
Dan aku ada terbaca barubaru ni details dia.
Kenapa dah sempurna separuh dari agama?
Sebab dalam perkahwinan lah, semua orang akan diuji dgn ujian kesabaran yg utama.

Yg paling selalu bersabar haruslah isteri.
Lumrah sejak azali.
Memang lelaki sifatnya dominan, leader.
Tapi sepatutnya perlu ada tolak ansur.
Dalam erti kata lain tak boleh berat sebelah, tak boleh nak rasa dia je yg betul.
Sepatutnya begitulah.

Hmmm.
Dan aku dalam fasa 5tahun pertama.
InsyaAllah Feb tahun depan 2024 genap 5 tahun perkahwinan kami.

Sepanjang perkahwinan ni apa yg aku dapat?
Pada awalnya, macam org lain jugak.
Semuanya manis belaka.
Lepas dapat anak dah mula ada jarak.
Masing2 penat dgn culture shock jaga anak yg high demand.
Masih boleh diterima.

Masuk tahun seterusnya beranak lagi sekali.
Kelahiran kalini tak dirancang.
Jadi nak taknak kena teruskan jugak.
Kalini dah makin mahir jaga anak walaupon penat.
Tapi dalam pada tu aku rasa aku sorang je yg commit pasal anak dan bab ekonomi keluarga.
Memang dalam fasa tak stabil bab kewangan ni boleh jadi isu ke penceraian.
Tapi aku masih bertahan atas nama anak.

Masa awal perkahwinan lagi aku terkejut dgn perangai dia yg baran.
Bila aku protes dgn sesuatu benda, dia makin tinggikan suara.
Sampai satu tahap yg aku bukan ada rasa hormat dgn dia, cuma rasa takut yg melampau.
Taktau cemana nak describe.
Kadang benda tu belom jadi lagi, tapi aku terlalu fikirkan rasa takot akan reaksi dia lepas aku buat sesuatu.
Contoh macam bab rambut bersepah je pon. 
Tiap kali nampak rambut kat lantai je aku dah gelabah nak mampos.
Dalam hati jgn la dia nampak rambut ni then aku amek terus buang.

Faham tak?
Benda small matter je pon kalau org luar dengar.
Tapi pada aku tak ye!!
Benda tu akan jadi nightmare utk aku.

Contoh lagi kalau malam2 aku tak buatkan kopi.
Kalau dia tarik muka tu faham2 jela.
Dan sampai sekarang aku masih takut ye kalau tak buatkan air utk dia.
Padahal setiap kali gaduh aku dah ckp kalau aku tak buat kan air tu maksudnya aku penat takde mood nak buat.
Ehhh! Dia mana peduli.
Dia buat je lagi tarik muka.

Ada yg baru2 ni aku dok melangok dok kat meja makan.
Memang niat nak buatkan air dia tapi lambat sikit.
Sekali dia bangun dia pegi hentak2 cawan kat dapur tu.
Konon protes la tu sbb tak buatkan air.
Aku buat keras jela duduk kat meja tengok fon.
Tapi masa tu aku mmg nekad dia nak marah lantak jela. Malas nak peduli!

Haritu dgr lagu "Sempurna" kat radio dalam kereta otw nak balik Keramat dari Springhill.
Sekali tetiba terflashback pulak pasal memula bercinta dulu.
Perasaan masa bercinta dan aku rasa dia terima aku seadanya.
Perasaan sebak yg dia "selamatkan" aku dari dunia luar.
Aku menangis cium tangan dia.
Aku rasa sebak sgt bila mengingatkan balik waktu awal kenal dia. 
Aku rasa "Yesss! He is the one!"
Tapi....hmmmm

Aku ingat lepas dari tu dia akan terus layan aku baikbaik.
Rupanya tak.
Mula dah balik perangai dia yg aku tak berkenan.
Padahal aku dah cakap.
Banyak benda yg diantaranya pasal duit.
Duit aku jgn control. Aku akan bantu setakat apa yg aku mampu.
Ehh takkk. Dia mula balik.
Aku taknak bagi dia control bukan sbb apa.
Sbb jenis dia kalau dia rasa ada duit lebih, confirm dia takkan buat grab.
Dia akan ikut selesa dia penat dia je.
Yg mana aku tak sokong sbb itulah punca saving dia, aku dgn anak2 habis mcm tu je.

Dan paling latest dia buat perangai balik main game.
Dan aku lagi sekali terasa disisihkan.
Dgn anakanak pandai curi masa main gurau senda walaupon sekejap.
Tapi dgn aku? HAREMMMMM!!!
Bila aku mengamuk kata aku burn out.
Pastu aku yg kena faham dia penat kerja!
Habis aku ni tak kerja???
Pastu compare pulak balik kerja dia lagi penat.
Ehhh! Aku dah takde kesabaran lagi lah utk benda ni.

Dengan org lain bukan mainnn lagi menegur berborak mcm dah kenal lama.
Aku ni yg depan mata macam tak wujud je kadang rasa. 

Salah ke aku sebagai isteri nakkan perhatian dan masa dari suami????
Ke memang lepas kawen dah tak perlu berkasih sayang lagi dah macam masa bercinta?
Then what is the point of marriage at first place?
Hanya utk "selamatkan" aku kononnya??

After this I dont give a fcuk kalau sesiapa nak salahkan aku kalau akhir nanti aku amek keputusan utk pisah!!
I dont give a damn what everyone will say!!! SERIOUSLY!!!

Aku dah habis usaha. Dah habis kata.
Kalau sebelum ni dia akan saiko aku pasal anakanak hidup dgn mak ayah berpisah.
I dont give a shit!!!
Lebih baik hidup pisah dari hidup dalam keluarga yg mak ayah in toxic relationship!
Ini HAKIKAT DAN REALITI DUNIA YE!

Perempuan ni lagi kau keras dgn dia lagi susah utk bentuk.
Macam yg jadi kat aku sekarang ni la.
Aku mengharapkan dia tak macam lelaki lain.
Aku betulbetul harap dia boleh guide aku.
Tapi aku silap percaturan.

Kesedihan aku, trauma aku...keep on flashback in my mind and my ears.
Aku takkan boleh lupa apa yg dia pernah buat dan cakap dkt aku yg sampai aku rasa terhina sgt diri aku sebagai seorang perempuan dan isteri.

Dgn org luar mungkin nampak kami ni mcm takde langsung masalah besar.
Tapi hakikatnya cuma Allah je yg tau.
I wish when Im ready to move on, my parents wouldnt say or ask anything.
Jangan halang along. Please!!
Along merayu!!!

Sepanjang 5tahun kawen ni dah berapa kali aku cuba cederakan diri.
Aku hentak kepala kat dinding.
Aku ketawa sorang2.
Aku nak lari rumah.
Aku hentak tangan sekuat hati kat dinding.
Rasa mcm nak tumbuk je dinding tp tknak ada bunyi kuat sgt.
So hentak jela yg mampu.
Berhari kebas kt tapak tangan tak hilang.
Tapi sakit tu tak sesakit luka kat hati ni.
Sumpah aku kecewa!!!
Aku mengamuk kat anakanak. Kesian diorang kena tempias mental maknya.

Untuk saat ini aku give up!!
Sumpah aku GIVE UP!!!

I want to find my ownself again.
I need it. 
I need you Mia. 
:'(



Saturday, October 28, 2023

Where is the LOVE?

Bertemu lagi di dalam penulisan yg penuh drama. Haha.
Sekarang ni tengah hangat isu perang kat Gaza.
Untuk kes kalini aku rasa sgt terkesan bila tengok keadaan diorang kat sana.
Malam tadi je berlaku serangan besar besaran kat Gaza.
Habis penuh dengan api sana sini. 
Semuanya angkara Yahudi Laknatullah!!!
Rakyat Malaysia majoriti dah celik mata dan makin ada kesedaran isu perang antara Palestin dan IsraHell!

Dengan keadaan diorang kat sana kena sekat bantuan dari luar.
Eletrik, internet, air semua kena sekat. 
Kita yg takde letrik air berapa hari je pon dah menggagau.
Masuk harini dah 19hari kot perang berterusan.

Hmmm.
Mana la pergi akal fikiran puak sana ye.
Tapi tak heran juga sebab memang dah tertulis dalam Al-Quran.
Masanya akan tiba.
Aku memang dah tak sampai hati nak beli barangan dari company yg memihak puak sana.
Dan aku harap boikot ni bukan cuma sementara macam sebelum ni.
Aku tak tipu memang sedap2 makanan diorang tapi sanggup kah??
RM1 yg kita spend ibarat sebutir peluru yg menembusi saudara2 kita kat sana.

Aku sedih gila bila kita orang Malaysia cuma mampu berdoa.
Berdoa dari jauh je pulak tu.
Ada je sukarelawan yg nak masuk sana utk bagi bantuan tapi tetap disekat.
Allahu!

Beberapa hari lepas pulak punca kuasa elektrik sepenuhnya dah breakdown dekat hospital.
Baby2 yg pra matang tu perlu gunakan inkubator. 
Inkubator nak guna perlu ada elektrik!!
Betapa zalimnya diorang!!!

Sekarang ni ramai yg tgh buat solidariti. 
Baru kejap tadi aku tengok dkt area KLCC diorang ada buat juga.
Patotlah masa nak balik tadi tetiba jalan jem sbb selalunya tak jem mcm tu.

Emmm...dah azan asar.
Kejap sgt masa berlalu sekarang ni.
Nak asar dulu.
Nak doakan saudara kita kat sana.
Qunut Nazilah jangan sesekali lupa!

Aku ada cerita nak meluah lagi.
Kisah hidup aku macam biasa.
Tapi nanti lah.
Tunggu ada mood lagi sekali nak menaip.

Aku suka guna keyboard ni!
Best sgt!! Tiber! 
Hahahahaha
Pasal keyboard je pon dah boleh buat aku tergelak.
Mudah benar nak menghiburkan seorang Syamira. Kah!

Saturday, July 15, 2023

Syukur Ya Allah!

Alhamdulillah syukur!
At this moment I'm only feel bless.
Last time aku bergaduh lagi dgn dia.
Dan kami sendiri mengaku yg kami takde persefahaman langsung.

Cuma aku decide masa tu yg kalini aku serah bulat2 kat Tuhan.
Aku cuba sangka baik dgn segala apa perbuatan dia yg akan menyakitkan hati aku.
Aku pon dah luah hampir 97% tentang apa yg aku rasa sepanjang perkahwinan ni.
Yg lain aku cuma berserah.

Now has been two weeks we tried to fullfill our duty as husband and wife.
So far so good. 
Masing2 terima baik buruk masing2.
Dan setakat ni aku dgn senang hati buat je apa yg aku rasa perlu buat.
Mana yg aku rasa taknak buat aku biarkan. 
Dia pon takde dah nak cakap apa2.
Semua just follow the flow.
Dia pon dah mula cakap elok2.
Yg kalini betul2 aku rasa dia ckp elok2 takde arah itu ini takde marah2.

Aku harap perangai dia yg ni berkekalan lah demi ketenteraman jiwa aku.
Aku rasa sekarang jiwa aku lebih tenang.
Taktau dtg dari mana ketenangan tu.
Sejujurnya haritu aku dah rasa give up.
Sbb tu kalini apa pon yg jadi aku serah bulat2 kat Allah.

Honestly I'm happy right now. 
Aku rasa mcm nak jumpa balik laki yg aku kenal masa2 memula bercinta dulu.
Aku tau dia pon ada limit sendiri.
Andaikata satu hari nanti aku jiwa kacau lagi, aku takkan paksa dia utk terus bertahan.

Sekarang ni duit gaji aku pon dia dah macam tak masuk campur.
Syukur! Dan aku rasa lebih tenang begitu.
Tapi aku tetap takkan lupa utk menyumbang dalam family kecil aku ni.
So, no need to worry.
Aku akan menyumbang sekadar semampunya aku dan aku harap dia tak persoalkan lagi utk akan datang.

Aku taktau atas doa siapa hubungan kami dapat berbaik semula.
Aku cuma buat demi nama Allah, demi anak2 dan keluarga.
Berbalik pada tujuan asal kehidupan.
Hidup utk beribadah kepada Dia.
Jadi apa yg aku relakan utk buat baik dari segi kerja fizikal dan mental, aku hanya buat kerana itu aturan dari Dia.

Jika selama ini pergaduhan dan ujian rumahtangga ialah pucuk pangkal utk aku dekatkan diri lagi dgn Allah, maka aku redha. 
Teringat dulu2 masa mula2 nak berhijrah. 
Ayat last aku mesti aku cakap "moga Allah redha".
So sekarang aku kena amalkan semula.
Biar setiap apa yg aku buat aku akan ingat ini semua aturan dari Dia.

Mungkin Allah nak ajar aku sabar, sabar dan sabar.
InsyaAllah akan ada hikmah dan kebaikan yg menanti di depan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Sunday, June 25, 2023

Aduhai!

Hola!
Aku baru nak menulis.
Si Fateh dah bangun pulak.
Ni haa tengah menangis aku tak kasi dia main tekan2 keyboard. 
Hahaahaha.
Apa lah nasib. 
Next time jela aku menulis.
Baru nak amek mood balik.
Sedap pulak menaip guna keyboard ni.
Aiyooo laah Fatehhhhh!! 

Hai Dunia Tipu-tipu!

Assalamualaikum kepada yg membaca!
Kot la ada yg baca. Hahaha
Lama gila tak update cerita kat sini.
Baru dapat refresh laptop haa.
Berkobar nak menaip semula.
Ni anak2 tengah tidur boleh la kemaskini apa yg patut.
Aku harap dia tak sabotaj diari aku yg satu ni.
Nanti la cerita lagi.
Aku sayang gila kt blog ni.
Ni jela satu-satunya tempat luahan aku yg tak ramai tau.
Itupon entah ada yg masih ingat lagi ke tak.
Ahh! Tak kesah lah. 
Janji aku dapat menaip lagi.
Banyak benda nak cerita.
Tapi mungkin bukan sekarang. 
Nanti aku update lagi.
Okay chow!