You just know my name and my story . And maybe you've heard what I've done . But you dont know what I've been through ...
Quote
Sunday, November 13, 2022
So pathetic!
Tuesday, October 25, 2022
Happy ? #ERROR!
Come back after 2years.
Aku nak tulis dalam buku tapi rasa tak selamat dan takde tempat tersorok nak ditulis.
Alhamdulillah.
Last aku menulis kat sini anak sulung aku baru 3bulan.
Sekarang yg sulung dah nak masuk 3tahun.
Adik dah genap setahun.
Aku bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang.
Cuma sejujurnya aku takde rasa "bahagia".
Aku happy je dgn anak2 dgn adik beradik dgn ibu ayah.
Dalam kamus hidup aku tak pernah rasa happy dgn "pasangan".
Kadang aku tertanya aku ni kena sumpah ke? Haha
Entahlaa. Dulu aku ada la jugak tempat nak bercerita.
Tapi bila dah kawen ni aku tak mampu nak cerita kat sesapa.
Aku sampai rasa nak je wasap randomly dan cakap yg aku tgh tak happy. And Im not okay! 🙃
But I really feel hurt that day when my own husband said
"kalau aku tk kawen dgn kau aku taktau apa jadi dgn kau dgn laki2 yg kau kenal sebelum ni"
"kau sama je dgn kawan2 aku punya pemikiran,sama level je korang"
Terhinanya aku rasa waktu tu.
Rasa mcm nak bangun ambik kunci kereta dan lari.
Tapi sbb fikir anak. Sbb anak aku terpaksa hadap kehinaan ni. Sorang2.
Ye aku tau aku perangai buruk dulu tapi aku cerita kat kau sbb aku percaya kau boleh jaga aku lagi better dari laki2 yg aku pernah kenal sebelum ni.
Ternyata aku salah.
Expectation aku terlalu tinggi buat seorang manusia yg bernama suami.
Aku terasa yg dia nak kawen sbb terpaksa dan dalam masa yg sama aku terasa dipergunakan. Bukan sbb cinta.
Cinta yg tak pernah wujud pon aku rasa.
Yg konon niat nk kawen dgn aku sbb nk selamatkan aku.
Tp dlm masa yg sama gunakan kuasa veto sebut segala hak suami yg dia rasa dia je betul.
Dan malam ni terjadi lah sejarah baru dalam perkahwinan ni, aku tak boleh tidur sebelah dia.
Sbb aku lambat masuk bilik. Tu je.
Mudah nak baran pada benda yg tak sepatutnya.
Kadang balik kerja petang tu elok borak apa semua.
Bila malam lepas je tidurkan anak ada je benda nak dimarah.
Takpon kadang petang ambik aku balik kerja tu elok.
Tiber dah sampai rumah nak marah2.
Bukan tak pernah bincang hal ni tp aku jugak yg disalahkan balik dan dia akan isukan benda yg boleh defend diri dia.
Dia TAK PERNAH nak cuba DENGAR luahan dan kesedihan aku.
Yg dia tau DIA BETUL dan AKU SALAH!
Setiap kali ye. Setiap kali bincang aku akan nangis.
Nangis bukan sbb nak mintak simpati. Jauh sekali.
Aku nangis sbb aku sedih yg teramat.
Selalu cari salah aku. Salah dia, dia tak nampak.
Pernah sekali gaduh aku sampai tinggi suara dan dia sampai baling fon sampai pecah sbb aku ckp dia takde masa pon nk spend time dgn aku asek dgn game candy crush je.
Kadang aku jeles dgn "fon" sbb dia lebih banyak masa dgn fon dan boleh tergelak dgn fon. Tapi dgn aku sikit2 nak marah.
PAMMM! Fon dah ke dinding pecah berderai.
Esok tu aku pujuk dia beli fon baru dgn harapan dia berubah la.
Banyak la masa dgn aku nanti.
Ehhh takkkkk!
Dia sambung pulak main game lain.
Seminggu jela kot bertahan takde game kat fon baru tu.
Lepastu lupa dah apa yg jadi punca fon tu berderai.
Ok takpe aku sabar lagi...
Makan hati lagi hari2.
Dan aku suruh beli fon tu pon sbb aku nak dia senang buat grab sbb sebelum ni dia cakap fon satu lagi tu dah tak accurate maps dia.
Aku berharap dia buat grab sbb taknak usik duit saving kitorang. Patot dah boleh ada. 30k kot lebih kurang tp hmmm.
Katanya lepas aku habis pantang dia nak buat. Takde.
Then asal dia niat nak buat je hujan.
Pastu isu grab bayar rate rendah.
Jalanraya kereta bawak macam org gila sekarang.
Then lepas raya la start. Katanya...
Sampai laaa kitorang dah guna duit yg sepatutnya bayar duit rumah beli kat paklang.
Duit utk bayar lawyer tak cukup taktau la nak cekau mana nanti.
Aku nak mintak pinjam kat ibu memang tak la. Malu aku.
Ibu ayah dah bagi kitorang adik beradik duit insurans la, duit pampasan arwah, duit umrah tak jadi la. Semua habisss.
Dgn duit saving anak2 pon hampir habis.
Yg gaduh baru2 ni pon dia compare penat aku dgn penat dia.
Aku masih nak jaga hati yg kita ni penat sama2.
Yg padahal penat dia tak seberapa nak compare dgn aku.
Ye aku tau buat grab tu tgh panas hujan segala bahaya kat jalan lagi. Aku ni keje dlm ekon je tk mcm dia.
Tapi pasal basuh botol anak je pon masih mengharapkan aku yg buat mcm mana kira pulak?
Dia kata dah banyak tolak ansur dgn aku.
Compare kan diri dia dgn suami yg lain takde tolong bini buat kerja rumah.
Deyyy! Kerja kau tolong aku bab basuh baju, angkat baju dan lipat baju. Apa lagi.
Mop lantai sapu lantai dan segala kebersihan yg tak senang kat mata kau je.
Aku ni kalau nak senarai kerja banyak mana entah la.
Kau bukan nampak pon.
Start dari aku bangun pagi. Dari anak celik mata aku dah buat kerja. Masak, mandikan anak, packing barang nak hantar pengasuh, then pergi kerja.
Lepas balik kerja kau harap aku sediakan semua. Okay aku buat! Panaskan makanan anak, prepare diorang utk mkn, suap diorang makan. Main dgn diorang tak boleh tengok fon. Kau je boleh main game time anak2 ada depan mata. Aku tak boleh.
Then dah main2 setelkan diorang utk tidur pulak. Prepare mandikan diorang then aku tidurkan adik. Kadang aku terlelap masa tidurkan anak. Kalau dah terlelap tu siap lah kau.
Dia keluar je dari pintu bilik lepas tidurkan si sulung tu mesti muka bengis. Sebab? Sbb aku tertido. Aku tinggalkan dia sorang2. Ye aku tau yg isteri tak boleh tidur selagi suami tak izinkan. Kena layan suami bla bla bla...
Tapi takkan kau takde perasaan kesian kat aku.
Kesian dgn erti kata tak tunjuk muka bengis, tk baran tk kena masa.
Ehh entahla!
Aku penat. Sumpah penat menahan jiwa.
Jiwa aku meronta nak bagitau sab yg aku tak happy.
Hidup aku tak happy seperti yg dia sangka.
Dia ingat lepaskan aku benda yg terbaik dia buat.
Tapi tak wehhh!!!
Aku sedih nak mampos!!!!
Aku sedih sbb suami sendiri anggap aku ni takde harga diri.
Pandang aku dgn sehina hina perempuan.
Aku tak layak jadi isteri sesiapa.
Aku tak layak jadi mak budak.
Tak layak jadi anak.
Kali kedua aku fikirkan hal ni sampai aku tak boleh tidur.
Sebelum ni aku akan nangis sendiri sampai tertidur.
Tapi ni dah tahap tktau la nak cakap.
Aku banyak dosa sebagai isteri aku tau.
Tapi aku juga banyak terluka kerana suami sendiri.
Itu nak dikira macam mana disisi Tuhan?
Aku tau Allah takkan uji kalau hambaNya tak mampu.
Tapi aku dah terlalu terluka dgn masa silam dan ditambah dgn perasaan terluka dgn suami.
Nak dikira mcm mana ye.
Aku tak boleh nak describe sedih aku yg terlampau ni.
Sumpah aku sedih. Terluka.
Mengalir lagi air mata tak berharga ni.
Untuk yg keberapa kali aku pon taktau.
Kadang aku rasa nak end up perkahwinan ni tp anak mcm mana? Kesian diorang kecik lagi.
Takde siapa yg boleh ikhlas syg aku mcm mana aku rasa Allah syg aku. Memang tak boleh nak banding tp takde ke seseorang yg boleh terima "diri aku" sebagai aku??
Sayang dan jaga aku dan perasaan aku seikhlas hati?
Banyak je kelemahan dia yg aku boleh sebut utk bergaduh tp aku lebih pilih utk diam sbb macam mana cara pon dia akan tutup dgn salah aku balik.
Realiti kehidupan seorang Mia.
Apalah yg akan jadi esok hari.
Aku sekarang dgn family aku nak holiday kat Taiping sekali jalan hantar adik balik hostel dan aku bercuti kat rumah mertua.
Tadi kat dapur pon aku borak dgn ibu angah je.
Bukan buat apa pon.
Dan aku dah tanya jugak kat wasap Ayra dah tidur ke.
Dia tak jwb then aku assume dia dah tidur sekali.
Sekali masuk aku tengok dia tgh pegang fon dgn muka bengang dia.
Aku tanya tknak alih Ayra tidur bawah ke?
Dia kata takyah. Aku yg kena tidur bawah. Kau rasa?
Esok taktau la apa cerita.
Tapi kitorang memang hebat berlakon depan orang mcm kau lah pasangan yg terpaling happy kat dunia ni.
Padahal hakikatnya cuma aku dia dan Allah je yg tau apa jadi.
Sampai mati aku takkan lupa ayat yg dia hina aku.
Selagi dia rasa diri dia yg betul, selagi tu aku tak boleh nak maafkan.
Kalau perlu berpisah satu hari nanti. Aku terima. Aku dah hilang diri aku dalam kawalan dia.
Aku boleh jadi isteri yg macam kau nak.
Tapi kau pon perlu jadi suami yg macam aku nak.
Kalau kuasa talak ada kat aku, sekarang jugak aku dah lafazkan.
Aku tengah marah sedih kecewa terhina sgt.
Tolong faham aku!