Utk yg ke berapa kali aku pon taktau
Lama betul tak menaip kat sini
Rindu waktu duludulu
Nak sambung menulis dlm buku pon kdg takde masa
dan macam dah tak selamat
sbbnya laki aku pernah pertikai apa yg aku tulis kat dlm buku tu
jadinya lebih selamat aku bercerita kat sini
Aku taktau nak start luah dari mana
banyak sgt masalah yg difikir
yg sepatutnya bukan aku yg kena fikir
haihhh
Bila aku baca balik tulisan aku kat sini tahun 2022
sekarang dh tahun 2026
masih takde improvement ye bab kerja
aku dah benti kerja dari tahun 2024
sifat malas dia tu macam makin membuak
aku ingatkan bila dh takde sumber duit dari aku
dia boleh la fikir kena kerja lg kuat dari sebelum ni
Ehh rupanya tidak yeeee
kalau masa pkp dulu aku faham laa
berapa tahun buat grab ikut mood
alasan jaga anak
jaga anak pon masa aku kerja hantar pengasuh jgk
so nk dikira cemana?
entah laa
dah masuk tahun ke 7 perkahwinan
masih sama jalan cerita dan makin merosot bab urus duit
selagi ada benda yg boleh digadai
selagi ada tempat yg boleh digali habis habisan
selagi tu la malas nk kerja
faham je dah bosan kerja
dh penat hadap kerja since umur masih sekolah
aku mmg tak merasa semua kesusahan mcm kau rasa
tp itu ke alasan utk malas kerja?
habis aku ni since dah jadi mak
boleh ke aku nak bosan jd mak?
boleh ke aku nak malas jd mak harini?
boleh ke mcm tu?
kalau boleh aku pon nk buat
biar je ruman tunggang langgang
anak tak mandi tak makan
sbb aku MALAS nk jd mak harini
boleh tak mcm tu?
fikir la utk masa akan dtg
kita bukan nak mintak jd kaya
jadi jutawan
cuma nak dpt hidup selesa je
bebas hutang
yg masa hari tua tak perlu dh nk bekerja
ank dah besar nnti tk harapkan duit diorang
tak susahkan anak bila tua nanti
kau taknak ke kehidupan yg mcm tu?
perlu ke nak ulang lagi cycle yg sama mcm family kau dari kecik sampai besar
ni aku bukan nak hina org susah
tidak ye
susah takpe
jangan PEMALAS!
ehhh geram laa aku
dah la taknak kerja tetap
taknak kerja bawah org
nak kerja ikut timing sendiri
dah tu kerja la betulbetul
ini tidak
kerja sekadar ada je
anak nak masuk 4 dah ni
bila nak ada kesedaran ni
pastu ni lepas beranak aku nak amek perancang
ehhh tak dibaginya
ingat bdn aku ni kilang ke
nak beranak ramai boleh
provide kasi betulbetul sampai tahap selesa la
kalau setakat tahap sekadar ada je utk apa
seksa diri namanya tu
takut rosak badan katanya
habis kalau beranak ramai tak rosak ke mental aku ni
dgn hadap perangai malas kau lagi
haihhhh
maaf laaa
silap aku sbb dokkkkkk pergi kat kau balik
patot aku dah boleh keluar dari circle ni
last time pon kau hina aku lagi tahap bodohkan aku
bebalkan aku
nak kata pemikiran aku sama mcm adik sepupu aku yg buat hal tu
BODOH nya laa aku pergi balik terima dia
cari dia yg konon nya dia takde salah apaapa
sekarang tgh cuti sekolah 2minggu
aku rasa aman sikit duduk jauh dari dia
sbb kalau kat rumah dgn dia bangun lambat tido lambat
nak keluar pergi buat grab pon bercinta
buat sakit mata je aku tengok dia bersenang lenang kt rumah
aku ni tak kesah kalau kau betul keluar kerja
balik lambat tk dpt nak urus anak sesama sbb kerja
aku okay
sumpah aku okay
tp kalau dah sampai tahap aku pon serabut sekali fikir pasal duit dh cemana?
goldbar tu selagi tak licin selagi tu la dipajak nya
cayelah ckp aku
goldbar haritu last la aku pajak
itupon kira anakanak punya duit raya
haaa lepas ni mungkin cincin kawen pulak
itu jela yg tinggal
rantai dgn cincin ibu bagi memang tak la aku nak pajak
cemana ea nak keluar dari situasi ni
aku nak kerja balik to terpaksa la tggu sampai lepas bersalin
pastu nak kena fikir pengasuh dan urus anak2 waktu sekolah
hmmm
banyak pakai modal
tapi nk buat cemana
tahap dah terpaksa ni
maaf la kalau aku pernah terlintas doa yg tak baik dlm kepala otak ni
tp sbb aku dah tak nampak jalan berubah dia tu
ikut kiraan dah 5tahun ye dia bermalasan kerja
nak aku bagi masa sampai berapa tahun lagi?
haihhhh
serabuttttt